Seorang bayi lelaki yang lahir di perkampungan Khukhundu, India semalam dinamakan sebagai ‘Lockdown‘ oleh ibu dan bapanya. Khukhundu terletak di daerah Deoria, negeri Uttar Pradesh di India.
“Dia lahir semasa lockdown (perintah berkurung). Kami hargai usaha Perdana Menteri India, Narendra Modi dan menyelamatkan nyawa orang awam daripada pandemik Covid-19,” menurut bapa bayi itu, Pawan.
Pawan menjelaskan, nama bayi lelaki sepatutnya sentiasa menyedarkan orang ramai tentang kepentingan negara berbanding kepentingan diri sendiri.
Dia juga mendakwa melakukan pemerhatian bersama keluarga tentang situasi perintah berkurung (lockdown), meminta saudara-mara agar tidak menziarahi mereka sehingga larangan keluar ditarik balik.
“Kami juga menunda semua sambutan dan ritual untuk bayi baru lahir semasa perintah berkurung berkuat kusaa,” katanya.
Minggu lalu, ada seorang bayi perempuan dinamakan sebagai Corona oleh bapa saudaranya selepas ia dilahirkan di bandar Gorakhpur ketika perintah berkurung.
Bapa saudara, Nitesh Tripathi berkata, dia menamakan bayi itu sempena virus pembunuh kerana Corona telah menyatukan dunia berhubung isu ini.

Bayi Corona
Bayi Corona lahir di perkampungan Sohgaura kini menjadi bualan ramai di sekitar kawasan bandar. Tripathi mendakwa dia meminta izin daripada ibu bayi, Ragini Tripathi sebelum memberi nama kepada bayi perempuan itu.
“Virus ini tidak dinafikan amat berbahaya dan ia sudah meragut banyak nyawa di seluruh dunia, tetapi ia juga menanam banyak sifat baik dalam diri kita semua dan menyatukan dunia. Bayi ini akan jadi simbol perpaduan orang ramai untuk menentang kejahatan,” katanya.
Sumber: KhaleejTimes
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .