Seorang jururawat berpakaian menjolok mata di Rusia diberi amaran kerana didapati ‘tidak patuh syarat pakaian perubatan’.
Jururawat yang tidak didedahkan nama itu berusia dalam lingkungan 20-an dirakam memakai pakaian seksi di wad koronavirus pesakit lelaki di Tula, kira-kira 120 batu selatan bandar Moscow.
Gambar tersebut turut dilihat pihak atasan dan jururawat berkenaan dipanggil hadir satu mesyuarat. Gadis itu memberitahu bahawa dia berasa panas memakai pakaian seragam biasa bawah sut pakaian perlindungan diri (PPE) jenis lutsinar.
Malah jururawat itu juga membuat kejutan apabila mengakui dia sebenarnya tidak sedar tentang tahap lutsinar pakaian PPE tersebut.
Kementerian Kesihatan wilayah menyatakan satu tindakan disiplin dikenakan ke atas jururawat daripada jabatan penyakit berjangkit kerana melanggar syarat berpakaian.
Seorang pesakit berkata, tiada sesiapa membantah pakaian jururawat itu tetapi sedikit sebanyak ada juga yang berasa ia memalukan.
Sumber: Metro
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .