Seorang bayi yang dilahirkan dengan dua mulut selamat dibedah untuk membuang mulut kedua yang terbentuk pada pipinya.
Menurut laporan, ada lidah, gigi dan bibir pada mulut kedua bayi perempuan yang berusia enam bulan ini.
Ketumbuhan organ ini sebenarnya sudah dikesan pada usia kandungan minggu ke-28 tetapi pada masa itu, ia dikatakan mungkin tumor atau sista (cyst).
Sebaliknya, semasa bayi ini lahir di Charleston, Carolina Selatan, doktor mendapati objek sebesar 0.8 inci (2 sentimeter) adalah mulut kedua.
Bayi ini adalah salah seorang daripada 35 manusia yang mengalami Diprosopus sejak 1900, iaitu satu keadaan duplikasi organ wajah.
Dalam jurnal laporan kes perubatan BMJ, doktor berkata mulut kedua bayi ini tidak bersambung dengan mulut utama, dan bayi ini boleh bernafas, makan dan minum secara normal.
Pakar juga mengatakan mulut kedua ini kadang kala menghasilkan lendir lut cahaya dipercayai air liur. Bayi ini dibedah untuk membuang mulut dan ini membabitkan pengerudian untuk membuang tulang tambahan yang menyokong barisan gigi.
“Selepas pembedahan, bayi ini ada alami bengkak sederhana pada pipi kanan iaitu tempat insisi dan imbasan mendapati ada pengumpulan lendir,” kata doktor dalam laporan BMJ.
“Kesan itu susut semula selepas beberapa bulan dan bayi perempuan ini tidak perlu jalani rawatan lanjut. Selepas enam bulan pemeriksaan susulan, insisi sudah sembuh dan pesakit (bayi) boleh makan tanpa gangguan.”
Malangnya, doktor juga mendapati bayi ini tidak mampu menggerakkan bahagian kanan bibir bawahnya ke bawah. Ini bermaksud otot pada bahagian itu tidak lagi berfungsi.
Sumber: Daily Mail
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .