Cermin mata yang pernah dimiliki Mahatma Gandhi berjaya dilelong pada harga £260,000 (RM1.42 juta) semalam, hampir 26 kali ganda daripada harga ramalan asal.
Alat bantuan penglihatan itu, berwarna emas, pada awalnya diramal boleh mencecah harga lelongan setinggi £10,000 – £15,000 (RM54,714 hingga RM82,071).
Individu yang membeli cermin mata itu dikatakan seorang pengumpul dari Amerika Syarikat.
Mahatma Gandhi atau popular dengan panggilan Gandhi menghadiahkan cermin mata itu kepada seorang lelaki semasa satu lawatan ke Afrika Selatan pada tahun 1920-an.
Hadiah tersebut berada dalam pemilikan keluarga lelaki itu selama beberapa generasi sehingga ke tangan anak saudaranya.
Anak saudara itu membawa dan menggantung cermin mata itu bersama satu nota makluman pada peti surat sebuah rumah lelongan di Bristol, England.
Gandhi dinobatkan sebagai ‘Man of the Year’ oleh majalah Time pada tahun 1930 ialah seorang peguam, aktivis politik dan duta keamanan.
Beliau mengetuai satu kempen kemerdekaan India daripada penjajah Britain pada abad ke-20 tanpa unsur-unsur kekerasan.
Gandhi menjadi terkenal di dunia kerana perjuangannya dan cermin mata bulat itu menjadi ikutan ramai selepas beliau meninggal dunia.
Jurulelong dari rumah lelongan East Bristol Auctions, Andrew Stowe berkata:
“Ia satu hasil jualan luar biasa. Cermin mata ini dibiar begitu sahaja dalam sebuah laci almari sejak 50 tahun lalu.
“Pemiliknya pada awalnya meminta saya membuang ia ke dalam tong sampah jika cermin mata itu tiada nilai. Dia sekarang akan mendapat sejumlah wang yang akan mengubah hidupnya.
“Ini satu berita baik yang semua orang mahu dengar. Pemilik cermin mata ini seorang warga emas dan mengalami kesukaran dalam hidup sejak beberapa bulan lalu.”
Cermin mata itu dibida beberapa pengumpul artifak di seluruh dunia, dari India, Qatar, Amerika Syarikat, Rusia dan Kanada.
Andrew berkata, Gandhi turut terkenal kerana gemar memberi barang milik sendiri kepada sesiapa yang membantunya.
“Bapa saudara kepada lelaki (pemilik) itu pernah bekerja untuk syarikat British Petroleum pada waktu itu. Dia ada membantu Gandhi dan sebagai pulangan, pemimpin itu menghadiahkan cermin matanya.”
“Ini satu kisah luar biasa. Pemilik pada awalnya tidak tahu nilai sebenar cermin mata ini.
SUMBER: DailyMail
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .