Bunyi macam pelik tetapi ini kejadian sebenar yang berlaku pada seorang wanita yang tinggal di Bronx, New York. Malah dia memilih untuk menyimpan jambang dan mendapati itu adalah perkara paling terbaik dalam kehidupannya.
Alma Torres, 27, ada masalah hormon yang menyebabkan bulu tumbuh pada mukanya sejak 12 tahun lalu.
Dia menghidap satu keadaan yang dikenali sebagai sindrom polisistik ovari (polycystic ovary syndrome, PCOS) dan berlaku semasa dia berumur 15 tahun.
PCOS ialah satu keadaan hormon yang menjejaskan fungsi ovari. Antara petandanya ialah kitaran haid tidak menentu, berat badan bertambah dan lebih banyak bulu muka tumbuh. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kemandulan.
Sepanjang lapan tahun, Alma mencuba pelbagai cara untuk membuang bulu lebat pada wajahnya.
Ini termasuk mencukur bulu yang tumbuh pada mukanya, mencuba kaedah wax hinggalah sanguup melunturkan warna bulu (bleaching). Akhirnya dia akur dengan takdir.
Alma memilih untuk berhenti mencukur kira-kira empat tahun lalu dan menyimpan jambang.
Kisah remaja
Semasa bergelar remaja, Alma mendapati bulu hitam tumbuh pada mukanya dan dia mula bercukur pada usia 16 tahun selepas mendapat komen negatif kawan-kawan sekelas.
Pada awalnya, dia tidak sedar menghidap sindrom PCOS sehinggalah melakukan ujian darah pada usia 18 tahun.
Dia kini seorang pelajar sepenuh masa yang sedang menjalani latihan di Manhattan sebelum berkhidmat dalam kerjaya sebagai pentadbir penjagaan kesihatan.
“Saya belajar untuk menerima apa yang saya tidak mampu ubah.”
“Pada mulanya, saya tidak sedar orang membuat jenaka dengan bulu muka saya, sehingga seorang kaunselor di sekolah bertanya sama ada (ejekan) itu mengganggu saya.
“Secara serta-merta saya sedar begitu ramai orang akan menjeling dan berbisik sesama mereka…
“Bermula dari situ, keadaan itu mengubah diri saya. Kali pertama saya bercukur ialah pada usia 16 tahun.
“Saya cuba membuang semua bulu pada muka ini sepanjang lapan tahun kemudian,” ceritanya.
Sejak mendapat tahu diagnosis PCOS, Alma mengakui berasa amat tertekan tetapi akhirnya dapat menerima keadaan itu secara positif.
“Saya benar-benar tertekan pada awalnya dan setiap kali cuba menyimpan jambang, ia akan berakhir dengan saya mencukurnya selepas beberapa hari.”
Masa berlaku dan Alma terus mencari lebih banyak maklumat mengenai keadaan dirinya. Dia terjumpa satu media sosial kumpulan sokongan PCOS yang memberi semangat kepadanya.
Alma menemui satu bintang media sosial, Harnaam Kaur – yang menyimpang jambang tanpa rasa segan dan mempunyai lebih 150,000 pengikut.
“Saya nampak Harnaam dengan penuh berjambang dan dia tidak berasa malu. Jika dia boleh, tentu saya boleh.”
Alma mengambil langkah berani pada usia 23 tahun dengan mula menyimpan jambang.
“Pada mulanya orang akan mencaci dan merendahkan keyakinan diri. Saya juga berasa malu apabila sedar ada orang merakam gambar saya semasa mereka beranggapan saya tidak sedar.
“Sekarang, masih ada orang nak ambil gambar dan ia tidak lagi mengganggu saya.
“Saya cuma berpaling dan merenung mereka…supaya mereka tahu saya melihat apa yang sedang berlaku. Saya tak peduli apa mereka nak fikirkan tentang saya.
Bermula 2017, Alma mengunakan akaun Instagram untuk berkongsi kisah hidupanya dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menerima diri seadanya. Dia sudah ada 6,000 pengikut.
SUMBER: DailyMail
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .