Dalam banyak-banyak anggota badan lain, telur harimau juga dipegangnya. Kejadian ini benar-benar terjadi di Thailand.
Ada seorang pelancong wanita dengan selamber memegang telur seekor harimau jantan di Zoo Tiger Kingdom iaitu di Chiang Mai, arah utara Thailand.
Khabarnya, gadis ini memegang telur harimau dan merakam foto tindakan berani mati itu pada 26 Ogos 2020.
Koleksi foto itu tersebar di internet dan wanita bernama Waraschaya Akkarachaiyapas itu dikecam penduduk Thailand kerana ‘memalukan’ harimau itu.
Seorang pelayar internet, Phorntip Siracha berasa terkejut dan memberi komen:
“Ini sangat kurang ajar. Harimau itu tidak benarkan kami untuk sentuh alat sulitnya. Kamu tak ada hak berbuat seperti itu.”
Seorang lagi pengguna internet, Kaew berkata: “Ini sangat bahaya. Jika harimau jadi marah, ia boleh serang kamu.”
Netizen lain berasa simpati dengan harimau itu selepas kejadian sentuhan testikel (telur) didedahkan ke online.
Waraschaya tetap pertahankan aksinya dan berkata, dia seorang pencinta haiwan.
Selepas isu ini kecoh, ketua penjaga zoo dengan nama, Pirom Cahntama berkata:
“Semua staf sudah dilatih untuk menjaga tetamu mereka dan harimau.”
Dia berkata, mereka tetap memantau rapi sesi interaksi semasa orang ramai merakam selfie dengan harimau. Untuk pastikan semua selamat.
“Kami tak benarkan pelancong untuk menggenggam testikel harimau tetapi mereka boleh menyentuh anggota badan lain selagi pakar kami ada di situ.
“Bermula dari sekarang, kami akan pastikan tiada pelancong akan dibenarkan menyentuh bahagian ini lagi (telur harimau).”
Isu pegang telur harimau itu menyebabkan dua pekerja di zoo tersebut diberi ‘teguran’.
Mereka dipanggil kerana membenarkan gadis itu pegang telur harimau untuk satu foto media sosial.
Harimau itu sebenarnya sudah berusia 6 tahun.
Pihak pengurusan zoo bertegas mengatakan gadis berkenaan tidak memicit-micit atau meramas telur harimau. Haiwan itu didakwa tidak berada dalam keadaan diancam semasa gadis itu ada disisinya.
Kenapa harimau ini tidak bertindak balas? Mungkin disebabkan ada tuduhan dilemparkan kepada pengurusan zoo itu kerana dipercayai memberi ubat sedatif pada haiwan pemangsa itu.
Akhirnya….siapa sekarang mangsa dan siapa pula pemangsa?
Sumber: DailyMail / Pattayamail/ NYPost
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .