Sebelum ini, kecoh cerita tentang seekor anjing yang diwarnakan seperti harimau sedang berlegar-legar bebas di satu kawasan terbuka didakwa di Malaysia.
Anjing jelmaan harimau ini sudah menjadi viral ke seluruh dunia. Dari Malaysia, kisah anjing ini tersebar di portal-portal popular United Kingdom seperti Daily Mail dan Mirror.
Kemudian, kisah ‘anjing-harimau dari Malaysia ini’ menarik perhatian portal berita di India, Singapura dan banyak negara lain sehingga ke Iran!
Pihak Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia ada membuat satu perkongsian menawarkan hadiah misteri kepada pemberi maklumat jika tahu lokasi dan pemilik anjing.
Perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia ada menyatakan JIKA IANYA DALAM NEGARA INI. Secara jelas, persatuan ini tidak mengesahkan anjing ini ada di Malaysia…merujuk pada posting di bawah..
Bantu Animal Malaysia cari tahu lokasi di mana dan milik siapa?Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap…
Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Jumaat, 28 Ogos 2020
Lebih dramatik, ada portal berita membuat cerita sensasi kononnya orang yang warnakan anjing ini sedang diburu di Malaysia.
Jadi… mana datangnya anjing ini? Jawapannya… FILIPINA. Individu yang merakam gambar asal anjing ini ialah sahabat kita, Ian Chioco.
Ian Chioco sudah memaparkan kisah anjing seperti harimau ini pada 24 Ogos lalu dan Persatuan Haiwan Malaysia pula berkongsi koleksi gambar haiwan ini pada 28 Ogos. Boleh lihat perbandingan tarikh posting di bawah:
Ini beberapa portal media membuat laporan tentang pencarian anjing menyerupai harimau
- Malaysiakini: 29 Ogos (Malaysia)
- Kosmo: 29 Ogos (Malaysia)
- MStar : 30 Ogos (Malaysia)
- Mirror: 31 Ogos
- NDTV: 1 September
- Iran Daily: 1 September
- Times Now: 1 September
- Mothership: 1 September
- Daily Mail: 4 September
Ini pula posting asal Ian Chioco yang diambil dari Facebook selepas kami diberi kebenaran untuk menggunakan gambar dan maklumat beliau.
Lihat balik tarikh posting sahabat Ian Chioco…dan semua laporan yang ada…. Anda boleh nilai sendiri….
habang nagbbike ako pauwi nakasalubong ko 'to yawa!akala ko nasundan na yung ostrich na nakawala eh, kasi akala ko…
Posted by Ian Chioco on Ahad, 23 Ogos 2020
To our friend, Ian Chioco… Thank you ….
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .