Pelakon jelita, Oh In-hye ditemui dalam keadaan tidak sedar di rumahnya di bandar pelabuhan barat, Incheon di Korea Selatan hari ini.
Gadis berumur 36 tahun itu ditemui kira-kira pukul 5 pagi selepas mengalami keadaan pegun jantung atau fungsi jantung terhenti (cardiac arrest) menurut Polis Incheon Yeonsu dan Jabatan Bomba Songdo.
Oh In-hye diberi CPR dan beberapa prosedur kecemasan lain sebelum dia dibawa ke sebuah hospital berhampiran. Keadaan pernafasan Oh In-hye dan nadi jantung kini stabil.
Polis sedang menyiasat punca kejadian menimpa Oh In-hye. Selepas itu, dia melakonkan watak dalam filem Red Vacance Black Wedding, A Journey with Korean Masters dan The Plan.
Sumber: Korea Herald
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam. Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea . . .