Pelakon jelita Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia semalam.
Khabar ini sudah dilaporkan beberapa portal hiburan di Korea Selatan termasuk Dispatch.
Oh In-hye ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dia dibawa ke hospital.
Dia ditemui oleh seorang kenalan yang segera menghubungi polis dan talian kecemasan 911.
Oh In-hye dibawa ke bilik kecemasan dan menerima rawatan termasuk resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk membolehkan dia bernafas semula.
Akhirnya, jantung pelakon berusia 36 tahun itu gagal berfungsi.
“Saya harap dia mampu melalui saat-saat kritikal, akhirnya dia gagal sedar,” kata seorang kenalan Oh In-hye kepada Dispatch.
Polis menyatakan menerima laporan mengenai Oh In-hye ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah daripada seorang kenalannya.
“Kami tidak tahu kenapa kenalannya berada di situ. Buat masa ini, kami percaya dia (cuba bunuh diri),” kata polis.
Mayatnya akan dikebumikan secara tertutup di Hospital Universiti Inha di Korea Selatan esok.
Kasi viral…Alien Huang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia, menurut media rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA). Alien Huang ditemui . . .
Kasi viral…Seorang lelaki ditangkap dan 396,000 pil methamphetamine dirampas selepas satu babak kejar-mengejar dengan pihak berkuasa di daerah Phun Phin . . .